berita

Ucapan Sweet Hairul Azreen Buat Hanis Zalikha Sempena Hari Lahir Ke-29

October 9th, 2019 | by Shafika
Lensa Insta

Siapa tak kenal dengan pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel, keluarga ini sering mendapat perhatian netizen. Memang geram betul tengok gelagat keluarga mereka.

Terbaru, ucapan sweet Hairul Azreen sempena hari lahir isterinya terima pujian ramai. Alahai malu-malu pula baca kapsyen Hairul.

Kita sembang macam baru bercinta

Happy birthday to my wife, @haniszalikha. Tak sangka inilah wajah isteri saya, dari zaman kawan, bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa, haaaa (Jibu) tak pernah pun terfikir dapat isteri secantik ayang, tiap-tiap malam.

Kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dengan keluarga, salah silap kita dengan kawan-kawan dengan kerjaya tak pernah jemu pandang dan sembang dengan ayang. hehe.

Setia mendengar dan memberi pendapat

I tau la i yang paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini and ayang setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat-kuat hehe HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat untuk berjaya, ermmmm tak tau nak cakap apa lagi hehe rasa malu plak tulis macam ni, tapi terima kasih jadi mak kepada anak-anak kita, semoga ayang panjang umur dan insyaAllah sama-sama kita bawa keluarga ke jannah dgn izin Allah.

Selain ucapan sayang, Hairul juga akui Hanis Zalikha merupakan tulang belakang atas setiap kejayaannya. Malah dia mendoakan agar keluarga mereka kekal hingga je syurga.

Hanis Zalikha terharu

Hanis Zalikha terharu dengan ucapan diterima dari suaminya. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya dan keluarga.

Rakan artis beri ucapan

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen termasuk rakan-rakan artis yang lain. Rata-ratanya memuji dan kagum dengan perjalanan pasangan ini dan mendoakan agar jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Manisnya

Sumber : Hairul Azreen

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×