berita

Ugut Nak Sihir Kalau Tak Layan Video Call, Wargamaya Pesan Hati-Hati Kongsi Gambar Kat Media Sosial – ‘Ada Patung Dibalut & Dicucuk Jarum’

October 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Amalan sihir, santau dan ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Artikel Berkaitan: Wanita Difitnah Sihir Anak Saudara Tampil Cerita Perkara Sebenar, Sebak Ahli Keluarga Sendiri Sanggup…

Tak teman video call kena sihir

@babe.qhaasemoga dalam lindungan allah ??? ##sihir? bunyi asal – ????? ???? ??

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram (IG). Menerusi akaun TikTok milik @babe.qhaa, dia berkongsi satu video yang merakamkan aktiviti sihir yang dikendalikan seorang lelaki.

Menurutnya, group itu dipenuhi dengan wanita dalam kalangan selebriti media sosial (Instafamous). Dakwanya, lelaki tersebut akan mengugut untuk melakukan ritual sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video dengannya.

Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakannya Instafamous. Saya buka voice note, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir.

Gambar yang dia hantar dipenuhi dengan gambar yang telah ditangkap layar di media sosial. Ada juga patung dibalut dengan gambar dan dicucuk jarum dan paku serta diletak sebelah parang tajam.

Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah.

Lebih menakutkan apabila individu tersebut menggunakan Al-Quran dan sejadah untuk aktiviti terkutuk itu.

Bahaya ramai nyawa

Di ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa seram lalu menyuruh gadis tersebut untuk melakukan laporan polis.

Malah, ada segelintir warganet yang mengingatkan agar meletakkan akaun media sosial dalam mod privasi dan berhati-hati ketika berkongsi foto kepada umum.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 1.5 juta tontonan dan 13,000 komen.

Sumber: TikTok @babe.qhaa 

SKIP THIS AD ×