berita

Ugut Sebarkan Gambar Berpakaian Dalam Bersama Dadah, Model Dakwa Dicabul Jurugambar

February 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang model yang berusia 25 tahun mendakwa telah menjadi mangsa cabul seorang jurugambar selepas dia ditawar bekerja. Malah, suspek dikatakan tergamak mengambil gambar mangsa yang hanya berpakaian dalam.

Dibawa ke hotel, dicekik

Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa dikatakan bersetuju untuk berjumpa dengan suspek selepas dia ditawarkan pekerjaan. Mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek yang terletak di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur. Setibanya di sana, mangsa dipercayai telah dipaksa untuk membuka baju dan diugut bunuh sekiranya tidak mendengar arahan.

Suspek kemudian merakam gambar mangsa yang hanya berpakaian dalam bersama dadah milik lelaki itu dan turut mengugut akan menyebar gambar itu jika wanita terbabit enggan mengikut arahannya.

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel sebelum dia ditampar, dicekik dan dicabul.

Lari pergi tandas, jerit minta tolong

Sekadar gambar hiasan

Tetapi cubaan suspek untuk merogol tidak berjaya selepas mangsa meminta kebenaran untuk pergi ke tandas. Tanpa berfikir panjang, mangsa yang ketakutan dikatakan telah mengunci pintu dan membuka tingkap sebelum menjerit meminta tolong. Jeritan mangsa didengari oleh pekerja di hotel terbabit.

Suspek yang panik melarikan diri, sementara mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×