Pelakon, Ozlynn Wati mengakui fasa awal perkahwinannya bersama suami, Johan Raja Lawak bukanlah perjalanan yang mudah apabila mereka pernah berdepan pelbagai dugaan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: ‘Beli Lauk Basah, Hantar Ke Rumah Anak Yatim & Asnaf.. Itu Je Saya Mampu’ – Ozlynn

Ujian awal kahwin

Menurut Ozlynn, 44, antara pengalaman paling sukar yang pernah dilalui apabila mendakwa pernah dihalau keluar dari rumah selain berdepan situasi dibaling makanan.

Ujiannya dapat pada awal perkahwinan, sadis dan sedih. Pernah dihalau, dibaling makanan. Tak mahu dah kenang lagi.

Bagaimanapun, Ozlynn bersyukur kerana dia dan suami berjaya mengharungi segala ujian bersama-sama dengan penuh kesabaran dan kematangan.

Yang penting sepanjang ujian kami suami isteri hadap sama-sama. Sekarang menikmati ujian dengan tenang dan sabar dengan karenah anak-anak yang semakin besar.

Ozlynn berkongsi perkara tersebut selepas menjawab pertanyaan seorang individu di media sosial mengenai cabaran paling besar yang pernah dihadapi sepanjang alam perkahwinan.

Sekadar info, Ozlynn dan Johan mendirikan rumah pada 2009 dan mereka kini dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber: Threads