
Penyanyi, Umairah mendedahkan insiden menimpa adiknya, Amad Dayyan yang tiba-tiba jatuh sakit sewaktu bertanding dalam program Talk To My Manager (TTMM) menjadi titik tolak untuk dirinya mula mengenakan tudung.
Artikel Berkaitan: Siti Sairah Sahkan Umairah Kini Bertudung – ‘Kami Sekeluarga Doakan Dia Istiqamah’
Insiden Amad

Umairah atau nama lengkapnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 18, berkata, insiden tersebut menjentik hatinya serta merta untuk berhijab tanpa didorong atau paksaan mana-mana pihak.
Sebenarnya segalanya berlaku selepas kejadian yang menimpa Amad. Saya rasa itulah titik tolaknya, selepas apa yang terjadi pada adik saya. Saya teman dia pergi berubat. Masa waktu itu jugalah saya rasa nak bertudung.
Selepas kejadian Amad, ada satu hari itu saya rasa tak lengkap tak pakai tudung. Saya tak tahu kenapa tapi hati terdetik nak pakai tudung. Selepas tamat program itu, esoknya saya pakai tudung selama tiga hari.
Tambah pelantun lagu Sayap itu, antara faktor lain yang menggerakkan hatinya untuk berhijab adalah sokongan positif daripada anak kepada penyanyi, Ina Naim iaitu Elfadwah.
Sepanjang program TTMM juga saya sebilik dengan anak Ina Naim, Phyrosh Elfadwah. Setiap kali saya pandang dia, saya rasa tenang tengok muka dia pakai tudung.
Dia pun selalu beri kata-kata semangat kepada saya, ‘Umai pakailah tudung sebab Umai pakai tudung lawa’. Saya rasa Allah bagi saya kawan yang begitu untuk beri saya semangat pakai tudung.
Dalam pada itu, disoal tentang respon ibunya, Siti Sairah, Umairah menjawab wanita itu sangat bersyukur dan mendoakan dirinya kekal istiqamah.
Saya tanya ibu, ‘boleh tak kakak nak pakai tudung?’ Saya pinjam tudung ibu kemudian ada satu hari saya bangun tidur, ibu tanya, ‘kakak betul-betul ke nak pakai tudung?’ Saya terus jawab, ‘ya’.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)