Perkongsian terbaharu personaliti media sosial dan madu kepada Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Isteri Sudah Cantik Pun Ada Juga Suami Cari Lain’ – Umisya Mazlan Seloroh Dengan Aslam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Kuat, Saya Menangis Belakang Kamera’ – Umisya Mazlan

Kongsi ‘quote’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Umisya memuat naik foto dirinya sedang berseorangan.

Bagaimanapun, yang menarik perhatian warganet adalah perkongsian kata-kata hikmah yang ditulis di kapsyen hantaran berkenaan.

Kita usahakan menjadi perempuan ceria itu, yang hidupnya penuh dengan rasa syukur dan tidak memiliki rasa dendam.

Tidak ada yang lebih indah dari melihat diri sendiri kembali melakukan hal-hal yang disukai dan memiliki senyum tulus.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian ibu kepada tiga orang anak itu kerana kesabaran dan ketabahannya menghadapi setiap ujian yang datang.

Wanita hebat dan wanita solehah kerana kesabarannya, dia wanita yang tak pernah banyak bersuara, tak pernah mengatakan itu ini tapi orang lain boleh menilai sendiri kebaikan yang dia miliki.

Walaupun banyak cubaan dan dugaan tapi aura dia selalu positif, ceria, happy..sangat suka dengan vibes dia! Saya doakan awak bahagia selalu Umisya.

Terus kuat, tak mudah untuk sampai ke tahap berdamai dengan takdir. Untuk sampai ke tahap ini banyak sakit luka pedih dan air mata diperlukan.

Sumber: IG Umisya Mazlan