berita

Umum Bakal Kahwin Tahun Depan, Adakah Gadis Ukraine Ini Masih Di Hati Zul Ariffin?

August 22nd, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut, akhirnya pelakon Zul Ariffin berkongsi akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan. Sebelum ini, Zul Ariffin didakwa mempunyai hubungan dengan seorang gadis Ukraine  tetapi masih belum mengakui hubungan tersebut.

Terbaru, Zul Ariffin menerusi laporan Astro Gempak mengakui dirinya sudah matang dalam percintaan dan akan bercinta selepas berkahwin. Namun, masih menjadi persoalan, siapakah bakal isteri pelakon ini yang didakwa bukan beragama Islam?

Bercinta selepas bernikah

Zul Ariffin berkongsi bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan. Dia turut mengakui usianya semakin meningkat dan matang untuk sedia ke fasa seterusnya.

Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin.

Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan. Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.

Biarlah dia mengambil masa

Dalam kenyataan itu juga, Zul Ariffin mendedahkan bakal isterinya bukan beragama Islam dan memberi ruang untuk bakal isteri mempelajari serta mengenali Islam. Pelakon Sangkar ini juga berkongsi persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan sudah dilakukan lebih 70%.

Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan. Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.

Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam.

Pernah digosipkan dengan penerbit

Sebelum ini Zul Ariffin turut digosipkan dengan penerbit terkenal Gayatri Su-Lin Pillai yang didakwa mereka menjalin hubungan percintaan. Tetapi Zul Ariffin pernah menafikan mempunyai hubungan dengan penerbit itu.

Netizen turut tertanya siapakah bakal isteri Zul Ariffin yang bukan beragama Islam itu? Menjadi persoalan sama ada Gayatri atau gadis Ukraine? Kedua-dua individu ini pernah didakwa mempunyai hubungan dengan Zul Ariffin.

Aksi hebat dalam Sangkar

Sementara itu, pelakon Zul Ariffin kini agak sibuk dengan mempromosikan filem lakonannya akan datang dan bakal temui anda di pawagam pada 29 Ogos 2019.

Sumber: Astro Gempak