berita

‘Seolah Menuduh Kami Tidur Sebilik – Zul Ariffin Nafi Dakwaan Bercinta Semula Dengan Gayatri

November 11th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Kontroversi perhubungan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson masih belum selesai apabila baru-baru ini pelakon Tombiruo itu mengharapkan bapa Zahirah, Zainol Macwilson untuk bersikap lebih matang dan berterus-terang jika tidak menyukai hubungan mereka. Zul menyatakan dia sedia untuk mengundur diri sekiranya bapanya itu tidak merestui perhubungan mereka.

Artikel berkaitan: ‘Saya Harap Bapa Zahirah Jadi Gentleman, Matang’ – Zul Ariffin Akui Sedia Putus Jika Tak Direstui

Belum pun reda kisah pergolakan pasangan ini, terpalit pula khabar angin bahawa Zul kini telah kembali bercinta dengan kekasih lamanya, Gayatri Su-Lin Pillai.  Baru-baru ini timbul laporan seorang peminat ternampak Zul dan Gayatri keluar bersama dari sebuah hotel. Berhubung dakwaan ini, Zul tampil menafikan perkara tersebut. 

‘Atas dasar kerja’

Zul menjelaskan kepada Berita Harian hubungannya dengan Gayatri bersifat profesional, tidak lebih dari seorang pelakon dan penerbit sambil mengakui mereka masih mengekalkan perhubungan yang baik walaupun telah berpisah. Kata Zul, kebanyakan masa diluangkan bersama Gayatri adalah atas dasar urusan kerja, lebih-lebih lagi sekarang bagi pembikinan filem, Hantu Kak Limah 2017. Gayatri difahamkan menyumbang sebagai penerbit bagi filem berkenaan yang kini sedang menjalankan penggambaran di Taiping, Perak.

Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.

Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.

Maruah tercalar

Tambah Zul, dakwaan itu sedikit sebanyak mencalarkan maruahya lagi-lagi apabila gosip tersebut mula tersebar waktu dia berada di kampung halaman.

Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri.

Aktor itu turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir peminat yang seolah tidak menghormati hak privasinya yang bertindak menyebarkan gambar dan nombor plat keretanya.

Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.

Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum.

Lepas satu, satu. Sabar je la Zul, asam garam seorang pelakon.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×