berita

Umum Berita Kehamilan, Son Ye Jin & Hyun Bin Bakal Timang Anak Pertama

June 28th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: msteamenter

Spekulasi yang mendakwa Ye Jin hamil pada bulan lalu akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti Korea, Son YeJin dan Hyun Bin akhirnya bakal bergelar ibu dan bapa apabila pelakon wanita tersebut mengumumkan berita gembira di laman Instagramnya.

Artikel Berkaitan: Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Son Ye Jin Hamil?

Rasa perubahan pada badan

Foto: yejinhand

Menerusi hantaran yang dibuat oleh aktres tersebut, berita gembira yang diumumkan Ye Jin pasti menambah keterujaan buat peminatnya. Sebelum ini, peminatnya mendakwa Ye Jin telah berbadan dua namun pihak agensi aktres itu menyangkal dakwaan tersebut.

Kini, segalanya sudah terjawab apabila Ye Jin mengumumkan dirinya sudah hamil anak pertama. Di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut, Ye Jin meluahkan rasa terujanya apabila bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Apa khabar semua? Saya baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua secara berhati-hati.

Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami. Secara jujurnya saya masih lagi bingung.

Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari tetapi dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja.

Ada sebab mengapa tak umum awal

Foto: yejinhand

Hantaran yang di muat naik pada Isnin itu telah mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya.

Saya berasa sangat bersyukur, tetapi saya juga perlu berjaga-jaga jadi saya tidak memberitahu berita ini kepada sesiapa pun.

Jadi sebelum terlambat, saya ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan juga kenalan yang lama sudah menantikan kehamilan ini sama seperti kami.

Kami akan melindungi nyawa berharga yang dikurniakan kepada kami. Saya harap anda semua kekal sihat, dan hargai orang yang tersayang. Saya doakan anda semua bahagia.

Hyun Bin dan Son Ye Jin berkahwin pada 31 Mac lalu selepas dua tahun menyulam cinta.

Sumber: yejinhand

SKIP THIS AD ×