Akhirnya spekulasi mengenai hubungan cinta antara pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif terjawab. Juara Idola Kecil musim ketiga iaitu Harris Alif mengakui memendam perasaan dan mula rapat dengan Intan sejak beberapa bulan yang lalu.
Hubungan mereka mula dihidu peminat apabila Harris memuatnaik foto raya dan memakai baju sedondon warna dengan Intan Ladyana.
Kalau berjumpa di acara, kami bertegur
Memetik laporan dari Media Hiburan, Harris mengakui perasaannya terhadap Intan Ladyana kerana memiliki keperibadian yang baik. Dia telah mengenali Intan lebih 9 bulan lalu sebelum mempunyai perasaan terhadap pelakon wanita itu.
Sejujurnya, saya dah kenal lama dengan Intan. Lebih sembilan tahun. Tapi ketika itu tak ada perasaan langsung sebab kenal sebagai kawan sahaja. Kalau berjumpa di acara, kami bertegur sahaja. Kami rapat semenjak beberapa bulan lalu. Kami sering berhubung dan bermula dari situ, hubungan kami terjalin.
Umur tak menjadi masalah
Perbezaan umur 17 tahun antara mereka sebelum ini pernah menjadi persoalan dan berfikir sesama sendiri. Namun, kelamaan isu tersebut bukan lagi penghalang untuk pasangan ini meneruskan hubungan cinta.
Intan seorang wanita yang sangat cantik, pandai dan berkeyakinan. Dia mempunyai hati yang sangat baik dan itulah ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat dengan Intan.
Pada awalnya, beza umur 17 tahun membuatkan kami saling tertanya sesama sendiri. Lama kelamaan apabila kami meneruskan hubungan, perkara terbabit tak menjadi masalah.
Umur bukan isu yang besar atau menjadi penghalang untuk kami. Tidak sama sekali. Tak menjadi penghalang langsung.
Sumber: Media Hiburan