berita

Undi Finalis Duta Guardian Sekarang, Dan Korang Pun Berpeluang Menang Hadiah!

July 17th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Pada bulan Mei yang lalu, kami di OHBULAN! ada menyiarkan sebuah artikel tentang pencarian duta guardian dan boleh dikatakan artikel tersebut dah bikin ramai wanita excited untuk ikut serta.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja kerana ini kali pertama di Malaysia apabila jenama sebesar Guardian mencari duta mereka secara besar-besaran dan ia terbuka untuk seluruh Malaysia! Paling menarik apabila Guardian mengalu-alukan orang awam untuk menyertainya.

Bukan pencarian ratu cantik

Untuk pengetahuan korang, pencarian duta Guardian ini sebenarnya tidak sama seperti pencarian ratu cantik tau. Ini adalah pencarian istimewa bagi menentukan siapa individu yang layak untuk memegang gelaran The Face of Healthy Beauty.

Healthy Beauty merujuk kepada seorang yang benar-benar mengamalkan cara hidup yang sihat, dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menyenangkan. Dia juga mempunyai sikap yang positif, selalu memberi keutamaan kepada kesihatan dan kecantikan diri

Hanya 4 pemenang dipilih…

Kalau korang nak tahu, hanya empat pemenang utama daripada 16 finalis akan diumumkan sebagai The Face of Healthy Beauty. Selain daripada empat pemenang, terdapat lapan pemenang lain akan diumumkan! Pemenang kategori ini akan dinobatkan oleh para penaja mengikut kriteria produk mereka.

Antara kategorinya adalah Most Healthy (Blackmores), Most Elegant (Bio-essence), Most Youthful (Garnier), Most Expressive Eyes (L’Oreal), Most Passionate (Maybelline), Most Confident (Nivea), Most Cheerful (Safi) dan Most Charming (TRESemmé).

Ini pula hadiah utama The Face of Healthy Beauty! Bukan biasa-biasa weh.

1. Satu tahun kontrak sebagai duta Guardian
2. Menjadi penghias wajah di Guardian di dalam majalah, katalog, banner dan lain-lain
3. RM 10,000 wang tunai
4. RM 10,000 baucar tunai Guardian
5. Produk daripada pihak penaja
6. RM 5,000 tunai untuk disumbangkan kepada organisasi kebajukan yang dipilih oleh pemenang.

Jom undi finalis yang layak!

Pantas masa berlalu, pencarian duta Guardian tersebut kini sebenarnya sudah sampai ke sesi penentuan. Korang semua boleh mengundi finalis kegemaran korang yang dirasakan layak untuk menang. Undian kini telah pun dibuka bermula 8 Julai sehingga 24 Julai 2019 di laman sesawang The Face of Healthy Beauty.

Undian yang diperolehi oleh setiap finalis akan menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan dalam pertandingan akhir. Korang diberikan satu peluang untuk mengundi secara percuma di laman mikro tersebut.

Tetapi kalau korang nak mengundi lebih banyak, korang perlu membeli mana-mana barangan daripada Guardian untuk 5 undian dan membeli sebarang produk daripada jenama penaja dalam satu resit untuk 10 undian.

Korang yang mengundi pun boleh menang hadiah

Jika calon yang korang undi tu menang dalam pertandingan akhir, peserta tersebut boleh memilih seorang pengundi bertuah. Setiap pemenang akan memilih seorang pengundi maka empat cabutan bertuah akan dibuat. Pengundi terpilih akan menerima baucar Guardian bernilai RM500. Syoknya!

Ingat, kesemua finalis yang terpilih adalah datang dari seluruh Malaysia tau. So, jom pakat shopping banyak-banyak di Guardian dan korang berpeluang untuk mengundi lebih banyak lagi calon kegemaran korang. Paling mudah, korang cuma perlu kunjungi mana-mana cawangan Guardian yang berhampiran untuk scan dan vote! Senang betul.

Sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan peserta, proses pengundian atau terma dan syarat peraduan, korang boleh layari laman sesawang The Face of Healthy Beauty oleh Guardian sekarang!