berita

Jom Rebut Peluang Menjadi Duta Guardian Sekaligus Bawa Pulang Wang Tunai Bernilai RM10,000!

May 29th, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Kredit: sabrinatajudin.com

Korang seorang yang sentiasa positif, bersemangat, dinamik, konfiden, ceria tapi dalam masa yang sama pentingkan kecantikan dan kesihatan? Kalau korang ada semua ciri-ciri ni, kami rasa koranglah orang yang tepat untuk menjadi duta Guardian sekaligus memegang gelaran The Face of Healthy Beauty!

Siapa yang layak sertai?

Untuk pengetahuan korang, Guardian sedang mencari bakat untuk menjadi wajah Guardian dan ia terbuka kepada wanita seluruh di Malaysia. Peluang ini juga sekaligus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana supaya sentiasa kelihatan sihat, cantik dan bahagia melakukan apa yang mereka mahukan!

Bayangkan selama ni korang hanya berbelanja di Guardian, tapi siapa tahu lepas ni wajah korang yang akan menjadi duta dan menghiasi muka depan katalog Guardian. Wow!

poster2

Nah, ini syarat-syarat untuk sertai The Face of Healthy Beauty:

  • Wanita berumur 18 tahun dan ke atas
  • Untuk menyertai, korang hanya perlu berbelanja di Guardian
  • Warganegara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan Mandarin
  • Selebriti ataupun individu yang menjadi duta kepada mana-mana jenama, tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
  • Permohonan adalah melalui laman mikro
  • Sediakan video berdurasi 30 saat yang menceritakan tentang diri korang dan kenapa korang nak jadi The Face of Healthy Beauty. Muat naik video ini ke laman YouTube
  • Sediakan 1 gambar close up dan berukuran penuh

Tarikh penyertaan dalam talian adalah bermula dari 20 Mei hingga 12 Jun 2019 tau. Hanya 100 peserta yang akan dipilih untuk ke sesi ujibakat pada 15 Jun hingga 7 Julai 2019. Manakala, untuk ke pusingan akhir pula, seramai 16 peserta yang akan dipilih dalam merebut takhta sebagai The Face of Healthy Beauty!

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut tentang lokasi ujibakat.

Mungkinkah korang antara yang bertuah & bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM10,000?

Sekiranya korang terpilih antara 4 pemenang utama pertandingan The Face of Healthy Beauty ni, korang layak untuk bawa pulang hadiah-hadiah lumayan seperti:

  • Kontrak selama 1 tahun sebagai duta Guardian
  • Menjadi muka depan Katalog Guardian
  • Baucar tunai Guardian bernilai RM10,000
  • Wang tunai bernilai RM10,000
  • Produk-produk dari penaja yang mengambil bahagian
  • Sumbangan tunai bernilai RM5,000 kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Wow! Apa tunggu lagi? Kalau korang ada ciri-ciri yang kami sebutkan tadi, jom sertai pertandingan The Face of Healthy Beauty anjuran Guardian dan sekaligus menjadi role model kepada wanita-wanita di luar sana agar percaya dengan diri sendiri dan yakin dalam apa jua yang mereka lakukan! Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut, layari theface.guardian.com.my