berita

Unilever Tawarkan Pelbagai Promosi Menarik Sempena Sambutan Ulang Tahunnya Yang Ke-75!

July 20th, 2022 | by Nurul
Kini Trending


Baru-baru ini, Unilever Malaysia, sebuah syarikat global barangan pengguna yang terkemuka telah meraikan ulang tahun operasinya ke-75 di Malaysia pada tahun ini.

Syarikat yang diasaskan pada 1947 ini memulakan operasi membuat sabun dan marjerin dan kini, Unilever Malaysia berjaya menghasilkan rangkaian jenama inovatif dan bermanfaat, daripada barangan penjagaan rumah kepada produk kecantikan dan penjagaan peribadi, dengan matlamat untuk membantu kehidupan berjuta-juta rakyat Malaysia.

Sempena  dengan sambutan ulang tahunnya, Unilever Malaysia juga telah melancarkan sebuah logo ikonik dengan menggabungkan dua puluh lima ikon berwarna-warni yang dihias sekeliling angka 75.

Logo ini juga disertai dengan cogan kata ’75 Tahun Bersama U’ yang melambangkan komitmen Unilever pada masa lalu dan masa depan, untuk kekal membantu rakyat Malaysia tampak lebih menarik, rasa lebih sihat dan memanfaatkan kehidupan sepenuhnya.

Menurut Ketua Negara Unilever Malaysia, Lenny Chuah, “Kami gembira kerana terus melangkah kehadapan diringi pelbagai pihak yang telah memainkan peranan penting. Kami ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada kakitangan, pelanggan, peruncit, rakan niaga dan komuniti setempat, yang telah menyokong kami selama ini untuk berkembang maju dan mencapai cita-cita kami.

Meninjau tempoh 75 tahun yang akan datang, kami bertekad untuk membina sebuah organisasi cemerlang yang berpandukan matlamat yang sedia menghadapi masa depan, dengan budaya menjana pembangunan,” tambahnya.

Unilever utamakan rakyat yang terkesan dengan COVID-19

Sentiasa berpegang kepada prinsip syarikat yang menitik berat dan bertanggungjawab menghasilkan perniagaan yang baik, keutamaan Unilever adalah untuk berkhidmat kepada rakyat yang paling terkesan akibat COVID-19, khususnya kaum wanita dan keluarga serta golongan yang terpinggir.

Buktinya, Unilever telah menyumbang lebih RM5 juta untuk menyokong usaha melawan pandemik melalui sumbangan sabun, produk sanitasi dan makanan. Di samping itu, Unilever juga bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan NGO dengan menganjurkan program pendidikan mencuci tangan untuk menyokong komuniti tempatan yang paling memerlukan.

Jelas Chuah, Unilever berikrar untuk memberi lebih banyak manfaat kepada bumi dan masyarakat dengan mewujudkan inisiatif terbesar iaitu Perikatan Kitar Semula Malaysia (MAREA) dengan usahasama sembilan syarikat barangan pengguna yang lain.

Unilever juga sedar kepentingan bekerjasama untuk mencapai matlamat membina ekonomi kitaran yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang umum lebih bersih dan hijau, dan mencorakkan masa depan lebih lestari dan yang kurang menghasilkan sisa, tambahnya.

Unilever Malaysia tawar promosi ekslusif sempena ulang tahun ke 75!

Lebih menarik, sebagai tanda menghargai pelanggan dan meraikan sambutan ulang tahunnya, Unilever Malaysia juga turut melancarkan tawaran dan promosi eksklusif bagi produk kecantikan, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan makanan. Bestnya!

Bukan itu saja, bermula sekarang sehingga 24 Julai 2022, pelanggan juga berpeluang untuk menebus hadiah istimewa dengan pembelian produk Unilever yang boleh didapati secara ekslusif melalui Gedung Rasmi di di Shopee, Lazada dan Gedung Runcit Lazada. 

Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini okay!

SKIP THIS AD ×