Pempengaruh media sosial, Kekanda mendedahkan dia pernah melakukan pelbagai cabaran ekstrem termasuk minum air dari mangkuk tandas, berkumur dengan air kencing dan menjilat lantai semata-mata untuk mendapatkan wang.

Artikel Berkaitan: Syahmi AI Team Minta Maaf, Perjelas Isu Didakwa Hina Agama

Buat demi duit

Menerusi podcast Borak 3 Line, Kekanda atau nama sebenar Muhamad Iskandar berkata, latar belakang kehidupannya yang serba kekurangan menjadi antara faktor dia sanggup melakukan perkara yang dianggap di luar kebiasaan.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang miskin, jadi saya sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit. Bagi saya ketika itu, berbaloi.

Saya pernah minum air jamban. Pernah kumur air kencing, itu paling teruk saya pernah buat. Saya juga pernah jilat lantai, semua itu saya buat sebab duit.

Mengulas lanjut, Kekanda menjelaskan semua perbuatan tersebut dilakukan sebagai hukuman selepas tewas dalam satu permainan menerusi sebuah aplikasi.

Dalam satu aplikasi itu saya kena denda buat begitu. Selalunya kalau kalah memang akan didenda dan hukumannya pula macam-macam.

Pengakuan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang terkejut melihat kesanggupannya melakukan cabaran sedemikian demi memperoleh ganjaran wang.

Sumber: TikTok