berita

UPM Minta Pensyarah Gelar Pekerjaan Hantar Makanan Tak Bermaruah Mohon Maaf

October 14th, 2019 | by Amat
Video Popular

Baru-baru ini, viral keratan pendek sebuah video program bual bicara mengenai perbincangan topik Belanjawan 2020 yang turut dihadiri salah seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari. Keterlanjuran pendapat yang diutarakan pensyarah ini terhadap graduan universiti yang bekerja dalam perkhidmatan e-hailing sebagai tidak bermaruah mengundang kecaman ramai.

Terbaru,  Universiti Putra Malaysia menerusi posting terbaru di Facebook mengeluarkan kenyataan media berhubung tindakan pensyarah itu.

Hina sangatkah kerja sebagai penghantar makanan?

https://www.facebook.com/adi.wira.562/videos/2758789587465472/?sfns=mo

Video yang hanya berdurasi 1:05 saat ini telah mendapat perhatian ramai sehingga menyifatkan kenyataan dari Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari sesuatu yang tidak sepatutnya. Pensyarah itu menerusi bual bicara ini mendakwa pekerjaan sebagai penghantar makanan tidak bermaruah sedangkan graduan itu memiliki ijazah sarjana muda.

Secara tidak langsung, kenyataan dan contoh ringkas itu mengundang kecaman netizen. Bagaimanapun, pihak Universiti Putra Malaysia hari ini meminta pensyarah berkenaan tampil mohon maaf.

Kenyataan media dari UPM

Jelas UPM, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyarah berkenaan merupakan kenyataan peribadi yang tidak menggambarkan pendapat dan pandangan institusi tersebut.

Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin menjelaskan bahawa kenyataan seorang pensyarah UPM iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Yusof bin Saari yang dilaporkan mempersoalkan status pekerja dalam industri perkhidmatan e-hailing dalam sebuah rancangan bual bicara televisyen baru-baru ini adalah pendapat peribadi beliau dan bukan menggambarkan pandangan rasmi UPM.

Untuk makluman, perkara ini sedang disiasat dan UPM masih menunggu penjelasan lanjut dari pensyarah berkaitan yang dilihat berkemungkinan besar tersalah menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menggambarkan pendapat dan pandangan beliau.

Bagi menjernihkan keadaan, UPM mendesak pensyarah berkenaan membuat permohonan maaf kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut.

Bagi memurnikan situasi yang sedang berlaku, UPM akan meminta pensyarah terbabit mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Ingin dimaklumkan, UPM mempunyai garis panduan kepada semua pekerja dan pelajar dalam memberi kenyataan kepada media. UPM juga sering memberi peringatan dan memantau warganya supaya mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan dan tidak memberi sebarang kenyataan yang berbentuk provokatif, menyinggung, dan memberi persepsi negatif.

Sumber: UPM

SKIP THIS AD ×