
Pelakon, Uqasha Senrose berharap suaminya, aktor Kamal Adli dapat memberi kerjasama berhubung prosiding perceraian membabitkan mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Pengakhiran Uqasha’ – Peguam Dedah Punca Cerai Tiada Persefahaman Dengan Kamal Adli
‘Beri kerjasama’

Uqasha atau nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, meminta Kamal untuk mengosongkan jadual meskipun sibuk dengan urusan kerja supaya polemik rumah tangga dapat diselesaikan.
Saya cuma harap dia (Kamal) beri kerjasama. Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sementara itu, peguam mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manap menjelaskan anak guamnya sudah tidak tahan menghadapi pergolakan rumah tangga yang berpanjangan selain mendakwa tiada pujukan dilakukan Kamal bagi menyelamatkan perkahwinan.
Apa yang dimaklumkan oleh Uqasha, tiada sesi pujukan oleh Kamal. Saya tak pasti kalau sebaliknya. Apa yang boleh kami katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman.
Tambah Nurfarhana lagi, pihaknya juga tidak boleh mengulas lanjut dakwaan wujud orang ketiga mahupun spekulasi membabitkan kerjaya Kamal.
Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya kes perceraian Uqasha dan Kamal.
Keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama.
Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Menurut peguam yang mewakili Uqasha, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman antara pasangan terbabit.
Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

