berita

[VIDEO] Suami Ingin Berpoligami? Ini Penjelasan Dr. Robiah Kulop Hamzah – ‘Kalau Dia Tak Adil, Esok Tersungkur Di Sana’

August 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Dr. Robiah Isu Poligami

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik seorang pempengaruh TikTok, Abang Tesla yang mengumumkan dirinya sudah pun bernikah satu lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua – ‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diringi Air Mata’

Dr. Robiah beri penjelasan

Dr Robiah Isu Poligami

Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan ceramah disampaikan penceramah dan perunding motivasi terkenal, Dr. Robiah Kulop Hamzah yang membincangkan mengenai topik poligami.

Menerusi video tersebut, Dr. Robiah menjelaskan poligami merupakan satu perkara yang dibenarkan tetapi bukanlah perkara yang digalakkan.

Poligami merupakan benda yang dibenar bukan digalak. Dibenar pun dengan syarat.

Satu, gila. Kedua, kusta. Ketiga, sakit tak boleh sembuh. Keempat, tak ada anak. Kelima, meroyan. Ertinya apa? Ertinya semua kes-kes yang saya sebutkan itu tadi semuanya kes-kes besar.

Bukannya sekadar cakap, ‘Alah saya mampu’. Bukan mampu itu dengan sekadar kata-kata tetapi mampu tak nak bawa isteri-isteri tu masuk syurga?

Tambah Dr. Robiah lagi, mereka yang berpoligami ini pastinya akan dipersoalkan di akhirat kelak sekiranya tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isteri mereka.

Sebab itu kalau dia (suami) tak adil, esok (di akhirat) tersungkur dia di sana.

Tak adil nafkah, tak adil dalam memberi nasihat, tak adil dalam memberi ilmu. Oh letih, jangan main-main.

Sebab itu saya pesan pada orang yang nak berpoligami, awak belajar dulu. Saya tak kata awak tak boleh kahwin tapi belajar dulu apa ada dalam poligami.

Respon netizen

Dr. Robiah Penjelasan Poligami

Dr. Robiah Penjelasan Poligami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan Dr. Robiah dan menasihati para lelaki yang mempunyai niat untuk bernikah satu lagi supaya mendalami lagi ilmu berkaitan poligami supaya tidak tergolong dalam mereka yang tidak berlaku adil kepada isteri-isteri.

Video

@taman.mutiara.ilmu Dr Robiah K. Hamzah #drrobiahkhamzah #ustazahrobiahkhamzah #poligami #wanita #rumahtangga #nasihat #fyp #foryoupage ? original sound – taman.mutiara.ilmu

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×