
Pelakon, Uqasha Senrose nekad dengan keputusan untuk meneruskan perceraian terhadap suami, aktor Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Pengakhiran Uqasha’ – Peguam Dedah Punca Cerai Tiada Persefahaman Dengan Kamal Adli
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Bukan Kerana Orang Ketiga?
Kemelut rumah tangga

Uqasha atau nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, ketika diajukan pertanyaan mengenai keputusannnya itu hanya mengangguk kepala.
Uqasha ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Rabu bagi prosiding pertama perceraiannya dengan Kamal.
Dalam pada itu, Uqasha enggan mana-mana pihak membabitkan anaknya, Hawra Uqaira dalam kemelut rumah tangga.
Kalau boleh, kita tidak mahu sentuh apa-apa isu berkaitan anak. Kita fokus kepada perceraian sahaja. Anak ada bersama dengan saya. Setakat ini saya okay, insya-Allah
Saya okay, apa yang tidak memudaratkan diri saya dan kesihatan saya, saya akan teruskan untuk diri dan anak.
Sementara itu, pelakon drama Jika Cinta Itu Buta juga memilih untuk tidak memberi komen berhubung hantaran dimuat naik Kamal di Instagram yang menyatakan rasa cinta terhadap Uqasha dan anak.
Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya kes perceraian Uqasha dan Kamal.
Keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama.
Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Menurut peguam yang mewakili Uqasha, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman antara pasangan terbabit.
Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.








