berita

Uqasha Senrose Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘ I Love You So Much, Uqaira’

April 27th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Isteri kepada pelakon Kamal Adli iaitu Uqasha Sensrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Teruja Beritahu Diri Hamil, Tapi Reaksi Kamal Adli Tak Macam Dalam Drama – ‘Itukan Berlakon’

‘Assalamualaikum Uqaira’

Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menerusi hantaran di Instagram. Pasangan ini bersepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.

Dalam pada itu, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan.

Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang.

Uqasha sempat berkongsi foto pertamanya bersama Uqaira.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

Sumber: IG Uqasha Senrose

SKIP THIS AD ×