berita

[VIDEO] Uqasha Senrose Teruja Beritahu Diri Hamil, Tapi Reaksi Kamal Adli Tak Macam Dalam Drama – ‘Itukan Berlakon’

January 21st, 2024 | by Alia
Kini Trending

reaksi kamal uqasha

Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan bahawa kini sedang hamil selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

Artikel Berkaitan: 2 Kali Keguguran, Uqasha Senrose & Kamal Adli Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Artikel Berkaitan: Uqasha Muat Naik Video Menari, Netizen Mula Berteka-Teki Jantina Bayi

Reaksi Kamal Adli

reaksi kamal uqasha

Menerusi siaran langsung di TikTok, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkongsi momen ketika dia memberitahu suami, Kamal Adli tentang kehamilannya.

Namun, reaksi Kamal tidak seperti yang dijangkakan.

Dia tengok ‘pregnancy test’ dan gambar dan dia tanya, ‘dah ke?’. Dia tak macam drama. Kami dah selalu berlakon..jadi tak ada reaksi begitu.

Saya tanya dia, ‘itu je ke reaksi abang, kenapa tak macam dalam drama?’.

Dia jawab, ‘itukan berlakon’.

Bagaimanapun, Uqasha berkata cara Kamal untuk menunjukkan keterujaan menimang cahaya mata pertama mereka adalah menerusi tindakan bukanlah reaksi.

Dia nasihat lepas ni dah jadi mak orang kemudian dia terus naik ke bilik. Katanya dia tengah fikir nak letak mana katil bayi nanti. Jadi dia lebih kepada ‘action’. ‘Love language’ dia macam tu.

Lepas lama sikit dia cakap, ‘yeay I’m the man’.  Saya tengok reaksi dia tak sama macam orang lain, saya terus tutup video yang tengah saya rekod.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 31 tahun itu berkongsi bahawa dia tidak sempat berjumpa dengan semua ahli keluarga untuk memaklumkan tentang berita gembira tersebut namun mereka tetap mengucapkan tahniah dan mendoakan kandungannya.

Tak sempat nak jumpa semua orang nak tengok reaksi keluarga, tapi semua gembira dan ucap tahniah.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

@

? –

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×