berita

Usia Dah Cecah 40an Kekal Kacak, ‘Market’ Adi Putra Naik Selepas Kejayaan Mat Kilau

July 4th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: adpadiputra

Kehebatan lakonan Dato’ Adi Putra memang tak boleh disangkal lagi. Sejak akhir-akhir ini nama pelakon ini sering menjadi sebutan apabila lakonan mantapnya menerusi filem Mat Kilau dipuji.

Makin tua makin kacak

Foto: adpadiputra

Terbaru, tular di laman TikTok rata-rata peminat menzahirkan keterujaaan apabila melihat penampilan Adi Putra. Manakan tidak, pelakon lelaki yang berasal dari Singapura ini sudah pun berusia 41 tahun. Biarpun begitu, rupa paras dan penampilannya nampak masih di sekitar awal 30an.

Peminat memuji penampilan Adi Putra apabila sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang memaparkan beberapa kompilasi video pelakon tersebut yang kelihatan tampan bergaya.

Apa ni makin tua makin hensem.

Video berdurasi 23 saat itu mendapat perhatian peminat sehingga perkongsian tersebut telahpun meraih 846 ribu tontonan dan 100 ribu tanda suka sejak ia dimuat naik.

Rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat individu tersebut yang menyatakan Dato Adi Putra semakin hari semakin kelihatan kacak biarpun semakin meningkat usia.

Video penuh

@m.mish4 APENII MAKIN TUA MAKIN HENSEMM !! ? #adiputra ? Sesal Mendua – Klangit

‘Tercabut jantung tengok’

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Peminat juga menyatakan masih tetap menyokong Adi Putra dari dahulu sehingga kini.

Sumber: m.mish4

SKIP THIS AD ×