berita

Ustaz Ajak Diana Amir “Taaruf” Menerusi SMS

July 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon sopan dan ayu Nurdiyana Amir Hashim atau lebih mesra dipanggil Diana Amir berkata, tahun ini beliau lebih merasakan ketenangan ketika menunaikan ibadah puasa berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tahun ini merupakan kali pertama beliau menyambut Ramadhan selepas berhijrah pada tahun lepas. Oleh itu, beliau manfaatkan bulan yang mulia ini dengan sepenuhnya.

Selain berpuasa, Diana juga tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti menunaikan solat Tarawih serta menerima undangan untuk memberikan ceramah dan  berkongsi pengalaman beliau sebelum ini.

Dalam masa yang sama, pelakon manis ini turut merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni dan menurut beliau, bulan Ramadhan ini merupakn bulan terbaik untuk beliau muhasabah diri sendiri. Namun begitu, beliau tidak akan menolak sekiranya diundang untuk aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama golongan memerlukan dan anak yatim.

Selain itu, menerusi temubual dengan pihak Kosmo! Diana turut mengakui beliau masih lagi tiada teman lelaki dan tidak terfikir untuk kearah itu. Namun begitu, terdapat juga beberapa ustaz yang mengajak Diana “taaruf” (berkenalan)  menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), akan tetapi beliau tidak endahkan SMS tersebut.

Disamping itu, Diana tidak menolak sekira jodohnya adalah dari kalangan ustaz dan beliau akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan oleh Allah. Apabila bertanya mengenai bilakah sasarannya untuk menamatkan zaman bujang, beliau menyatakan bahawa “Saya berdoa dipercepatkan jodoh mudah-mudahan tahun depan”.

Berkongsi mengenai kriteria suami pilihan, Diana mahukan seseorang yang beriman dan bijak dalam membimbing beliau dan keluarga kelak. Disamping itu, beliau turut menyatakan hasrat untuk mahu cepat-cepat mendapatkan zuriat kerana beliau terlalu sukakan kanak-kanak.

SKIP THIS AD ×