
Seorang ustaz yang merupakan pakar perubatan Islam Al-mujahidin berkongsi keadaan anak kepada penyanyi, Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan yang rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM
Artikel Berkaitan: ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’
Minta bantuan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ustaz terbabit memaklumkan dia diminta untuk membantu bagi memulihkan keadaan Amad yang rebah secara tiba-tiba.
Ujarnya lanjut, keadaan Amad semakin baik selepas gangguan tersebut ditarik keluar.
Kebetulan saya ada di sana menyokong sahabat saya, Shuib.
Mereka minta bantuan, saya bantu mana yang mampu.
Pada mulanya, adik Amad langsung tumbang tak boleh bangun sampai giliran dia untuk menyanyi.
Sebelum itu Amad sihat dan pihak perubatan juga ada di situ. Keadaan Amad normal dan sihat.
Selepas tarik keluar gangguan tersebut, adik Amad boleh bangun dan berjalan. Dia bersemangat cuba lawan juga naik pentas untuk nyanyi.
Tempat keras
Dalam pada itu, Ustaz tersebut memohon mana-mana pihak untuk memulihkan dewan yang digunapakai bagi program Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) itu agar kejadian sama tidak berulang.
Minta sesiapa yang berhampiran yang pandai pulihkan dewan tersebut, takut kejadian akan berulang kembali nanti.
Apa-pun, saya doakan adik Amad terus sihat kembali.
Innsya-Allah ada rezeki lebih banyak menanti selepas ini.
Sebelum ini, Amad mengejutkan orang ramai apabila dilihat rebah beberapa minit sebelum memulakan persembahan.
Semasa kejadian, Amad kelihatan kurang sihat selain sempat menyebut ‘sakit’ sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.
Malah Amad difahamkan pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir bersama penyanyi Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita untuk konsert Grand Finale.
Sumber: Instagram @perubatanislamalmuhajidin