berita

Ustazah Asma’ Harun Tegur & Minta Wanita ‘Moden’ Berhenti Buat ‘Content’ Joget – ‘Malu Itu Iman’

October 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan kewujudan media sosial memberikan pelbagai faedah kepada orang ramai. Namun, jika disalah guna ia boleh mendatangkan bahaya sama ada kita sedar mahupun tidak. Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang sanggup bertindak di ‘luar kawalan’ dengan memuat naik content-content ‘sampah’ demi meraih populariti dengan cepat walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Artikel Berkaitan: Bersuara Tentang SOP Pawagam, Ustazah Asma’ Harun Risau Jadi Lubuk Kes Baharu – ‘Tempoh Dua Jam Berada Dalam Tempat Tertutup Sangat Berisiko’

Artikel Berkaitan: Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW & Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’

Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Sebak Wanita Sanggup Infaq Gelang Emas Kesayangan Bernilai RM6K

‘Malu itu iman’

Susulan daripada itu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, tampil memberikan teguran kepada kaum wanita mengenai content yang menjadi trend di media sosial.

Ujar Ustazah Asma’ golongan wanita Islam tidak sepatutnya membuat content-content menari dan video tersebut perlu dipadam bagi mereka yang sudah terjebak.

Duhai wanita Islam, yang tua atau muda, atas apa jua tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget dan tarian ya, samada simple atau beria, ringan atau berat, dedah atau tutup aurat, semua sama sahaja.

Malu itu iman.

Mengulas lebih lanjut, teguran tersebut diberikan kepada segenap umur masyarakat tak kira muda mahupun tua. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Ustazah Asma’ telah dikongsi lebih 7.4k pengguna Facebook dan meraih pelbagai respon daripada wargamanya.

Terima kasih Ustazah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan bersetuju dengan nasihat yang disampaikan oleh Ustazah Asma’.

Sumber: Ustazah Asma’ Haru

SKIP THIS AD ×