
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil tiga bulan.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Tak Dapat Memo Tema Warna Majlis Kahwin Kawan Baik – ‘Semua Pakai Kuning, Saya Je Biru’
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Undur Diri Dari Wanita Hari Ini Selepas 9 Tahun – ‘Tak Ada Sengketa, Sudah Tiba Masanya’
Tahniah!
Menerusi video menghiburkan di TikTok, Uyaina berseloroh mengatakan usahanya untuk menguruskan badan tahun ini tidak berjaya kerana sedang hamil anak ketiga.
Sebenarnya saya simpan cerita ini dah lama dan berita ini eksklusif untuk netizen di luar sana.
Ada sesuatu yang saya nak bagitahu yang sebenarnya saya sedang mengandung tiga bulan, surprise.
Bercerita lanjut, bekas pengacara Wanita Hari Ini memaklumkan bahawa mengikut peracangan, kehamilan terbaharunya ini mungkin yang terakhir buat dirinya dan suami.
Bukanlah setiap tahun pun saya hamil cuma selang dua tahun saja, saya hamil.
Anak pertama pada 2022, anak kedua pada 2024 dan insya-Allah anak ketiga ini akan lahir pada 2026.
Sebenarnya kami (Uyaina dan suami) tak rancang pun dan ini semua pemberian Tuhan.
Dan kalau perancangan, insya-Allah ini yang terakhir.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Uyaina atas kehamilan terbaharunya itu.
Untuk rekod, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendirikan rumah tangga dengan suami, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada 21 Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Raja Urhan, 3 dan Raja Urayyan yang kini berusia setahun.
Sumber: TikTok








