
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi tentang kepentingan membuat simpanan wang demi jaminan masa depan anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ummi Banyak Bergolok-Gadai Besarkan Kami’ – Uyaina Arshad Hadiahkan Emas Setiap Tahun Hargai Jasa Ibu
Artikel Berkaitan: ‘Sangat Hebat!’ – Uyaina Arshad Kagum Dengan Ketabahan Wanita Hamil Di Usia 40 Tahun Ke Atas
Buka akaun simpanan
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, itu memaklumkan dia telah membuka akaun simpanan untuk anak bongsunya.
Hari ini anak saya berusia tiga bulan. Akhirnya dapat buka akaun Tabung Haji dan daftar haji terus.
Saya suka sangat bila bercakap fasal pelaburan dan tabungan untuk anak-anak.
Menurut Uyaina, dia juga telah membuka akaun simpanan serta pelaburan iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Lembaga Tabung Haji serta mengambil kad perubatan.
Dalam masa yang sama, Uyaina juga menegaskan kepada setiap ibu bapa supaya mengambil cakna akan simpanan anak-anak mereka.
Semua anak-anak saya ada akaun ASB, SSPN, Tabung Haji dan kad perubatan.
Kalau kita jadi ibu bapa yang celik kewangan, kita akan buat macam-macam untuk masa depan anak-anak.
Semoga yang baik-baik saja untuk anak-anak kita semua.
Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun dan Raja Uzayn yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: Threads