berita

Vaksin Percuma Untuk Warga Asing, Netizen Minta Kerajaan Jangan ‘Lupa’ Masyarakat Di Pedalaman & Orang Asal

February 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan vaksin secara percuma kepada warga asing yang menetap di Malaysia.

Artikel berkaitan: Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid-19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

Susulan daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen meluahkan pelbagai pandangan mereka berhubung isu pemberian vaksin secara percuma kepada golongan tersebut.

Setuju demi ‘herd immunity’

Hampir sebahagian besar dalam kalangan netizen bersetuju dengan Khairy di mana semua individu yang menetap di Malaysia perlu menerima vaksin secara percuma termasuk warga asing. Ini kerana, ‘herd immunity’ bakal dicapai dan kadar penyebaran wabak Covid-19 bakal berkurang sekiranya semua individu menerima suntikan vaksin.

Di samping itu, netizen turut menyatakan bahawa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenai kewangan dan apa yang lebih penting ialah nilai kemanusiaan. Jelas netizen lagi, rakyat Malaysia yang menetap di luar negara juga mendapat layanan yang sama iaitu diberikan vaksin secara percuma. Oleh itu, mengapa pihak kerajaan tidak boleh melakukan hal yang sama.

Jangan lupa masyarakat di pedalaman

Namun begitu, ada juga individu yang berharap pihak kerajaan tidak melupakan masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Selain itu, orang asal juga merupakan golongan yang perlu diingat oleh pihak kerajaan sekiranya mereka sudah memberikan vaksin secara percuma itu.

Sumber: Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×