berita

‘Van Tiba-Tiba Slow, Berat’ – Pengalaman Seram Lalu Rawang Bypass Pukul 1 Pagi Ditemani ‘Wanita’ Misteri

January 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Rawang Bypass merupakan lebuhraya yang menghubungkan Rawang dan Serendah untuk ke Kuala Lumpur. Lebuhraya ini juga memendekkan masa perjalanan ke destinasi hanya dari 2 jam ke 30 minit sahaja. Disebalik kemegahan mercu tanda negara setelah 12 tahun pembinaan ini terdapat kisah seram yang mungkin anda tak pernah dengar.

Pengguna Facebook Azizi Selamat berkongsi pengalaman mistik ketika melalui Rawang Bypass sendirian ketika tengah malam untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam tidak sedar, dia telah menumpangkan makhluk halus. Memang meremang bulu roma!

‘Macam mana la nak tempuh jalan ni?

Rawang Bypass memang puaka! Aku ini ada buat part time angkat barang tau. Saja nak bagi van power aku tu jalan hari-hari. Van lama ni, kalau tak bergerak mulalah sakit sana sini. Hari itu aku ada dapat job bawa barang niaga dari Puchong ke Econ Save, Batangkali. Perjalanan yang dirancang 11 malam.

Sebelum 11 malam aku dah ready kat kedai makan tu, barang settel loading dalam van ngam-ngam jam 11.30 malam macam tu. Perjalanan ke Batangkali anggaran dalam sejam lebih. Waktu pergi aku tak ada la risau sangat sebab ada seorang pekerja kedai makan tu naik sekali dengan aku. Kepala ni asyik fikir waktu balik je.

“Macam manalah aku nak tempuh jalan ni waktu balik….” aku cakap dalam hati. Puchong – Loke Yew – Jalan Templer – Rawang Bypass terus ke Batang kali. Itu laluan aku dan pasti balik jalan yang sama aku lalu.

Dalam 1.10 pagi macam tu ngam-ngam aku sampai Econsave, Batangkali. Aku tak sembang banyak bila sampai. Terus turunkan semua barang sepantas yang boleh.

‘Kau nak balik terus ke?’

“Eh, Jie… Kau nak terus balik ke? Aku rasa baik kau stay dulu. Dalam pukul 2 atau 3 kau geraklah balik. Lagipun waktu-waktu macam ni tengah ‘aktif’ benda-benda tu…” Brader yang guna servis aku tu nasihat aku.

“Eh, tak pe bang… Sebab kang lagi lewat lagi seram..” aku balas. Yelah, pada anggapan aku, waktu sekarang mesti ada kereta atau bas yang akan lalu jalan itu. Mustahil sangat kalau tak ada. Aku mulakan perjalanan dengan beberapa doa, selesai… Aku masuk gear terus jalan. Hujan agak renyai malam itu.

Aku buka radio Ikim, sebab ada ngaji. Time ni la nak dengar ngaji, selalu lagu tangkap lentok aku buka. Kalau malam macam ni, Suria Cinta la apa lagi tapi entah kenapa malam itu aku pilih radio islamik sikit. Lebih kurang 30 minit. Akhirnya aku sampai tempat yang paling menggerunkan.

Memang tak ada kereta langsung

Tempat tinggi, keadaan jalan lengang gila. Memang tak ada kereta langsung! Kiri kanan hutan, gelap! Luar jangkaan aku bhaii… God help me. Aku terus pecut, paddle van tu sampai jejak lantai. Memang laju, tapi laju van 100km/j je lah. Tiba-tiba…

“Eh, apa hal makin slow ni… Ah sudah” Van tiba-tiba slow dari 100 turun pada kelajuan 60km/j. Dalam keadaan panik tu, aku nampak ada 1 kereta high beam aku dari belakang. Mungkin sebab aku duduk di lane kanan. Kereta tu laju.

Sebabkan silau, aku ubah sedikit cermin pandang belakang sebelum aku ubah kedudukan van ke lane kiri. Panggggg! Terbeliak mata aku, Ya Allahhhhhhhhhh!!!

Aku nampak ada orang tengah bersila kat belakang van. Tak adalah aku check betul-betul dia bersila ke mencangkung atau berdiri. Tapi yang pasti ada orang! Sungguh aku takut. Meremang satu badan. Aku cuma cakap dengan nada perlahan.

“Boleh tumpang aku, tapi jangan kacau aku….” Kereta tadi yang high beam aku jalan dan perlahan betul-betul sebelah aku. Dia buka cermin. Untuk bercakap dengan aku.

“Bangggg!!! Hati-hati, kita sama-sama keluar dari jalan ni. Abang dok belakang saya…” Sepasang suami isteri dalam kereta tu, nampak anaknya tengah menangis.

“Okay, terima kasih bang. Jangan tinggal saya…” aku jerit kuat-kuat. Aku syak, pasangan suami isteri itu mesti nampak apa yang ada dalam van aku dan aku pasti dia orang pun mungkin diganggu. Tak apa Azizi, kau kuat…. Sikit lagi nak lepas Rawang Bypass.

Semua berwarna putih

Sambil-sambil tu aku baca ayat Kursi. Entah dah berapa kali agaknya aku ulang baca. Radio yang tadinya kuat, terus hilang suara! Lagilah buat aku takut. Allahhhhh…..

Mulut aku ni tak putus-putus minta Allah pelihara perjalanan aku. Walau macam mana pun aku tetap rasa syukur ada kereta yang sudi teman aku. Aku cuba jenguk belakang sekali lagi dengan harapan “benda” tu tak ada dah tapi rupanya masih ada, nampak macam seorang perempuan tengah dodoikan something kat riba dia.

Aku tak pasti apa yang dia dodoikan. Pastinya, semua berwarna putih. Aku tak nak layan langsung! Aku terus tundukkan cermin pandang belakang tu. Biarlah aku tak nampak apa yang ada kat belakang. Yang penting aku fokus. Tempat tinggi ni kalau jatuh, terus syurga!

Selang dalam 10 ke 15 minit macam tu, Alhamdulillah aku dah melepasi Rawang Bypass. Turun By Pass masuk Jalan Templer. Jalan Templer pun tak kurang hebat juga, gelap. Tapi start masuk jalan ni kereta dah ada 2, 3 macam tu. Itu buat hati aku lega. Aku mula rasa tenang, aku dapat rasa “benda” yang aku tumpangkan tadi kemungkinan dah tak ada. Cuma aku takut nak tengok, aku biarkan je.

Rawang By Pass memang takkan aku lalu

Lepas je Jalan Templer tu, kereta yang temankan aku tadi terus hon aku dan pecut tinggalkan aku. Syukur, walaupun aku tak kenal dia orang siapa tapi aku dapat rasakan dia orang mesti pasangan yang selalu bantu orang. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Aku cukup terhutang budi dengan dia orang. Kalau dia orang tak ada, aku tak tahu apa yang akan jadi kat aku.

Percayalah, apa jadi pun lepas ni Rawang Bypass memang takkan aku lalu. Nasihat aku, kalau korang drive malam-malam. Biarlah berteman. Itu lebih baik dan kalau boleh elakkan lalu jalan-jalan yang seram sorang-sorang. Hati kuat, mungkin lepas. Kalau tak kuat, macam-macam boleh jadi. Nak cakap aku kuat tak adalah, cuma aku yakin waktu tu setiap yang jadi baik atau buruk tetap izin dari Allah SWT.

Sumber: Azizi Selamat

SKIP THIS AD ×