Kemelut yang melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli masih belum menemui jalan penyelesaian.
Artikel Berkaitan: Kacak Kesal Sakitkan Hati Iqbal, Cik B Dah Restu Perkahwinan Dengan Vida – ‘Syarat Nak Kereta Mercedes Nilai Lebih RM1 Juta’
Artikel Berkaitan: Demi Jaga Maruah, Hormat Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Kahwini Vida? – ‘Saya Tidak Pernah Curi Wang Beliau’
Artikel Berkaitan: Kacak Setuju Vida Nak Kahwin, Tapi Sempat Gurau Minta Duit Dengan Bakal Bapa Tiri – ‘No Money No Talk’
Pernah baling selipar
View this post on Instagram
Terbaru, Vida, 49, menerusi Instagram (IG) miliknya mengakui pernah melakukan kekerasan sewaktu Iqbal bekerja dalam syarikat miliknya.
Kata pemilik nama Hasmiza Othman, dia pernah membaling selipar pada usahawan berumur 27 tahun itu sekaligus menafikan dia seorang wanita yang lembut.
Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak. Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya.
Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa.
Netizen dah muak
Perkongsian video itu telah dipenuhi dengan komen-komen warganet yang sudah ‘naik menyampah’ dengan drama yang tiada penghujung.
Ada juga segelintir yang menganggap pelantun lagu I Am Me telah mempermainkan hati dan perasaan bekas pembantunya itu. Namun, masih ada dalam kalangan netizen yang mendoakan agar urusan perkahwinan Vida dan Iqbal dipermudahkan Allah.
Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui.
Sumber: Instagram @datoserivida