berita

Kacak Kesal Sakitkan Hati Iqbal, Cik B Dah Restu Perkahwinan Dengan Vida – ‘Syarat Nak Kereta Mercedes Nilai Lebih RM1 Juta’

September 23rd, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli masih menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Terbaru, anak lelaki Vida, Kacak tampil memohon maaf secara peribadi dengan Iqbal atas gurauan yang dibuat menerusi aplikasi TikTok serta kenyataan yang telah dikeluarkan.

Artikel Berkaitan: Demi Jaga Maruah, Hormat Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Kahwini Vida? – ‘Saya Tidak Pernah Curi Wang Beliau’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mama Bagi Kasih Sayang Kepada Orang Baru, Lepas Tu Nak Kurangkan Lagi Kasih Sayang Dekat Cik B’

Artikel Berkaitan: Kacak Setuju Vida Nak Kahwin, Tapi Sempat Gurau Minta Duit Dengan Bakal Bapa Tiri – ‘No Money No Talk’

Saya tahu dah sakitkan hati

Menerusi Instagram Stories, Iqbal mendedahkan tangkapan skrin perbualan di WhatsApp bersama Kacak.

Kacak, 14, atau nama Muhammad Eric Zecquan mengakui kesal dengan kesilapannya dan berharap agar Iqbal memaafkan dirinya yang telah terlanjur berkata.

Tidak terhenti di situ, Iqbal meminta penjelasan daripada Kacak sebab dia diperlakukan sebegitu.

Cik B dah restu

Menerusi hantaran yang berbeza, Iqbal turut mendedahkan Cik B sudah memberi ‘green light’ untuk perkahwinannya dengan Vida yang dijangka Disember ini.

Namun kata Iqbal, Cik B ada meletakkan syarat iaitu menginginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta.

Dalam pada itu, usahawan berusia 27 tahun ini memohon agar orang ramai memberi sokongan serta mendoakan untuk kebahagiaanya.

Sumber: Iqbal Zulkefli

SKIP THIS AD ×