Usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida memaklumkan akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli pada bulan Disember ini sekiranya Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan.
Artikel Berkaitan: Iqbal, Vida Bagi ‘Hint’ Bakal Naik Pelamin Disember Ini
Artikel Berkaitan: ‘Mengapa Perlu Berkongsi Pada Semua?’ – Bekas PA Jawab Kecaman Netizen Soal Nak Kahwin Dengan Vida
Artikel Berkaitan: Bekas PA Serius Nak Kahwin, Sebak Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan – ‘Dah Tujuh Tahun Kenal, Buang Masa Dah Banyak’
Vida tak berani beritahu Cik B
Menerusi laporan sebelum ini, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengakui bahawa dia masih belum ‘berani’ memberitahu anak perempuannya, Cik B mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Iqbal Zulkefli. Menurut Vida lagi, dia ingin Cik B mengetahui perkara itu dari laporan media dan bukan dari mulutnya sendiri.
Ramai dalam kalangan netizen tertanya-tanya adakah benar Cik B masih belum tahu mengenai perkahwinan tersebut dan bagaimana pula dengan reaksi Cik B yang bakal menerima bapa baru dalam keluarga.
‘Pura-pura terkejut dan tak tahu’
Berikutan daripada itu, salah seorang individu ada berkongsi satu screenshot kenyataan Vida di media mengenai tarikh perkahwinannya bersama Iqbal. Kapsyen ringkas dan sarkastik yang ditulis individu berkenaan ‘Harap Cik B tak ada social media’ secara tidak langsung telah menarik perhatian Cik B.
Meskipun hanya meninggalkan respon ringkas dan bersahaja iaitu ‘Pura-pura terkejut dan tidak tahu’ namun kebanyakan netizen seakan terhibur dengan reaksi Cik B.
Netizen terhibur
Sumber: Cik B