Selepas hampir enam tahun menanti zuriat, pempegaruh media sosial, Beby Tora akhirnya berkongsi berita gembira apabila kini disahkan hamil.

Beby Tora hamil

@bebytoratora

Asslamualaikum ..Bismillah Masyallah Subhanallah ..Terima kasih Ya Allah atas pinjaman mu ini.Penantian dekat 6 tahun .slama ni tak prnah merasa double line smpai hati ni dh redha ..stelah stahun ikhtiar untuk diet dn akhirnya Allah makbulkan rezeki tak disangka2 .Hadiah paling brmakna pada tahun ni ..Tira doakan smoga smua pejuang TTC brjaya hamil tahun ni amin .Doakan tira dn baby tira sihat tau dan dpmudahkan sgala urusan 💕❤️Alhamdulillah tira dh 5 bulan dn dh masuk two trimester 🌸

♬ Buah Hati – Armada

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama penuh Atierah Zulfatie Zulkiffli membuat kejutan kepada suaminya, Apit, dengan menghadiahkan kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

Atierah yang mengalirkan air mata gembira turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang di Allah SWT.

Terima kasih Ya Allah atas pinjaman-Mu ini. Penantian hampir enam tahun, selama ini tak pernah merasa double line sampai hati ni dah redha. 

Setelah setahun ikhtiar untuk diet, akhirnya Allah makbulkan rezeki yang tak disangka-sangka. Hadiah paling bermakna pada tahun ini.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan usia kandungan cahaya mata pertama mereka.

Dalam hantaran itu juga, Tora turut mendoakan agar pasangan lain yang masih menanti zuriat akan dikurniakan rezeki kehamilan.

Sumber: TikTok Beby Tora