berita

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Zuriat, Pasangan Ini Sebak Doktor Sahkan Isteri Hamil

February 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Perasaan suami dan isteri mana yang tak gembira selepas mendapat tahu yang mereka bakal menimang cahaya mata. Betul tak? Lebih-lebih lagi, pasangan tersebut sudah sekian lama mendirikan rumah tangga.

Menerusi Instagram Dr.Thokha, dia berkongsi sebuah video di mana pasangan suami isteri ini gembira selepas mendapat tahu yang mereka bakal dikurniakan zuriat setelah 6 tahun menanti. Tahniah!

Another happy couple

https://www.instagram.com/p/B84OZAhpS7M/

Menerusi video berdurasi 2:40 saat itu, kelihatan seorang wanita terlalu gembira dan terharu sebaik sahaja dia membuka Kit Pregnancy Test dan mendapati dirinya kini sedang berbadan dua. Wanita itu walau bagaimanapun tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana penantiannya selama 6 tahun untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai.

Menurut pakar Obstetrician & Gynaecologist itu, pasangan tersebut gembira kerana rawatan ivf yang mereka lakukan telah berjaya. Tambahnya, berita gembira tersebut merupakan hasil usaha, doa dan rawatan yang dilakukan pasangan tersebut.

Doktor bantu saya

Di ruangan komen, rata-rata netizen memohon doa dan bantuan daripada doktor tersebut. Menurut netizen, mereka sudah 13 tahun menanti kehadiran zuriat dan setiap kali melihat video yang dikongsikan, sudah pasti mereka akan menangis juga.

Sumber: Dr Thokha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×