berita

[VIDEO] 6 Tahun Menyulam Cinta, Lelaki Ini ‘Meraung’ Di Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Hati

September 8th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan satu pengakhiran yang bahagia iaitu perkahwinan. Namun, jodoh kita sudah ditetapkan sejak kita lahir lagi. Walau selama mana pun kita bercinta dengan seseorang, jika sudah tertulis dia bukan jodoh kita, maka siapakah kita untuk menolak ketentuan tersebut.

Terbaru, kisah percintaan sepasang kekasih di Sulawesi berakhir dengan kekecewaan apabila seorang lelaki, Aswar Anas hanya mampu menangis dan pasrah melihat kekasih hatinya, Asni berkahwin dengan lelaki lain.

6 tahun bersama akhirnya berpisah

Menerusi Suara, pasangan ini dikatakan telah bercinta selama 6 tahun sebelum wanita ini membuat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. Walaupun kecewa dengan pernikahan bekas kekasihnya, Aswar masih tetap kuatkan hatinya untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Dalam video tersebut, dilihat Aswar yang tidak dapat menahan kesedihan terus menangis sebaik sahaja masuk ke bilik pengantin sebelum ditenangkan oleh keluarga yang lain. Asni yang berada di dalam bilik itu turut menangis apabila melihat keadaan Aswar yang sangat sedih sehingga sukar untuk bernafas.

Perbezaan agama punca hubungan gagal

Salah satu punca hubungan mereka ini tidak dapat diteruskan adalah kerana perbezaan agama dan tindakan Aswar yang lambat masuk meminang Asni. Kebetulan, pada ketika itu ada lelaki lain yang datang dengan niat untuk memperisterikan Asni lantas lamaran itu diterima oleh keluarganya.

Video ini telah viral di Facebook dan mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka turut bersimpati dengan dugaan yang menimpa pasangan ini.

Sumber: Suara, Facebook