berita

[VIDEO] 7 Tahun Simpan Duit Bersama, Wanita Kecewa Teman Lelaki Guna Untuk Nikah Perempuan Lain

May 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila wang simpanan yang dikumpul bersama teman lelakinya didakwa digunakan oleh lelaki tersebut untuk menikahi wanita lain.

Kekasih kahwin lain

Kisah sedih ini dikongsikan oleh rakan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Shaaradw. Berdasarkan video pendek yang dimuat naik di TikTok, individu ini mendakwa rakannya itu telah ‘dipergunakan’ oleh teman lelakinya. Hal ini kerana, wang yang disimpan selama 7 tahun untuk majlis kahwin mereka akhirnya telah habis digunakan oleh lelaki tidak bertanggungjawab bagi melangsungkan pernikahan dengan wanita lain pada minggu lalu. Kejam!

7 tahun buat simpanan dengan kekasihnya untuk menikah. Dia baru tahu kekasihnya menikah hujung minggu lalu dengan orang lain. Ternyata kekasihnya menikah pakai duit tabungan mereka berdua.

Hal tersebut bukan sahaja menghancurkan hati wanita terbabit malah membuatkan dia hilang selera untuk menjamah makanan. Bimbang melihat rakannya sudah tidak makan selama tiga hari, individu ini kemudian membelikan makanan kegemarannya. Dalam video itu turut kelihatan wanita ini sesekali mengesat air mata sambil menikmati makanan yang dihidang.

Ditinggalkan kekasih

@sharaadwDitinggal nikah pas sayang sayangnya ?? ##idgitaf ##akhirceritacinta ##putuscinta? original sound – brigita meliala

Semoga tabah

Sumber: Shaaradw

SKIP THIS AD ×