![[VIDEO] A Aida Kongsi Momen Azeva Bantu Bawa Beg Warga Emas Di Lapangan Terbang – ‘Dia Bayangkan Kalau Saya Begitu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/azeva-1.jpg)
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida berkongsi momen anak perempuannya, Azeva, menghulurkan bantuan kepada seorang warga emas ketika berada di lapangan terbang.
Artikel Berkaitan: Azeva Terkedu Terima Hadiah Telefon Pintar Daripada Peminat – ‘Biar Betul, Harganya Mahal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dari Kecil Hadapi Krisis Kehidupan, Saya Nak Lelaki Yang Matang Dari Segi Emosi’ – Azeva Natassha
Azeva bantu warga emas
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Azeva dilihat membantu membawa dua beg milik seorang wanita warga emas.
Menurut Azeva, dia terdorong untuk menghulurkan bantuan selepas terbayang nasib ibunya apabila meningkat usia kelak, yang mungkin berdepan kesukaran membawa barangan berat tanpa bantuan daripada golongan muda.
Anak perempuan saya, Azeva tolong bawa barang mak cik dari Indonesia.
Dia cakap bayangkan kalau saya begitu.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Azeva namun menasihati agar tidak sewenang-wenangnya membantu membawa beg milik orang lain di lapangan terbang.
Tidak berdiam diri, A Aida memaklumkan bahawa mereka sudah melepasi tiga pemeriksaan keselamatan sebelum mengambil inisiatif membantu mengangkat beg milik warga emas tersebut.
Sumber: Threads @a_aidaproduction







