![[VIDEO] ‘Dari Kecil Hadapi Krisis Kehidupan, Saya Nak Lelaki Yang Matang Dari Segi Emosi’ – Azeva Natassha](https://asset.ohbulan.com/2026/05/azeva-5.jpg)
Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha, mendedahkan bahawa dirinya cenderung tertarik kepada lelaki yang memiliki kematangan emosi serta kestabilan dalam pemikiran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Cuba Pakai Tudung Sikit-Sikit, Dulu Saya Yang Paksa Ibu Pakai Tudung’ – Azeva Natassha
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Dalam Penjara, Azeva Cakap Saya Ayah Yang Terbaik’ – Ameng Spring
Matang dari segi emosi
@dhia.adwaa #talktomymanager #azeva #ttmm #trending #ameng ♬ original sound – dhia adwa
Menerusi perkongsian klip siaran langsung di TikTok, Azeva berkongsi bahawa pengalaman hidup yang dilaluinya sejak kecil telah membentuk dirinya menjadi individu yang lebih matang berbanding rakan sebaya.
Ciri-ciri lelaki yang saya minat adalah matang dari segi emosi.
Itu sahaja yang saya minta, boleh matang dalam bab emosi.
Sejujurnya, saya cepat matang sedikit.
Saya matang lebih cepat daripada rakan-rakan saya.
Membesar seorang diri

Berkongsi lanjut, Azeva berpandangan ketiadaan figura bapa pada usia muda serta komitmen ibunya yang bekerja keras telah menyebabkan dia membesar dalam keadaan berdikari.
Saya dari kecil dah menghadapi krisis kehidupan.
Dari kecil ayah saya dah hilang.
Mak saya pun bekerja 24 jam, jadinya saya membesar seorang.
Bila kita membesar seorang diri, kita akan cepat matang.
Kita cepat faham sesuatu benda, cepat tangkap apa baik dan buruk dunia ini.
Dalam pada itu, Azeva menegaskan bahawa dia mengharapkan pasangan yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap kematangan emosi yang setara, atau lebih matang daripadanya.
Jadi kalau boleh saya nak jumpa lelaki yang sekepala, dan matang.
Sekurang-kurangnya, sama dengan saya.
Lebih baik dia lagi matang dari saya.
Sumber: TikTok








