![[VIDEO] ‘Abang Fattah Nombor Satu Di Hati Saya, Dia Gentleman’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/irfan-haris-6.jpg)
Penyanyi Irfan Haris sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Fattah Tak Hantar Bunga Lagi, Terus Hantar Ibu Jumpa Amira’ – Netizen
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
‘Abang Long sangat gentleman’
Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman menyifatkan pelakon dan penyanyi terkenal, Fattah Amin, sebagai seorang yang ‘gentleman’.
Abang Long saya (Fattah Amin) nombor satu di hati saya. Dia sangat gentleman, saya respect Abang Long.
Pelantun lagu Pesan itu turut berkongsi keadaan terkini kakaknya, Amira Othman yang kini semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital.
Irfan turut berseloroh mengatakan bunga-bunga yang diterima oleh Amira, terutamanya daripada Fattah, telah memberi kesan positif terhadap ‘kesihatan’ kakaknya itu.
Kak Ya (Amira Otham) sejak dapat banyak bunga ni, darah dia semakin elok.
Tidak terhenti di situ, Irfan berkata kakaknya sangat menghargai setiap pemberian bunga yang diterima.
Malah, dia turut menjaga bunga-bunga tersebut dengan baik agar kekal segar dan cantik.
Ada satu meja memang penuh dengan bunga, tersusun rapi memang cantik
Bunga tu masih ada, Kak Ya siap siram lagi. Dia sayang sebab bunga tu semua bunga segar. Kalau tak siram, bunga tu akan layu.
Kakak saya pula rajin, dia ambil spray dan siram bunga-bunga tu.
Sebelum ini, Fattah Amin memuat naik foto Amira Othman terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga tulip pemberiannya.
Keesokan harinya, Amira menerima pula jambangan bunga mawar merah jambu dan ungu daripada aktor itu.
Fattah kemudian meminta cadangan warna bunga untuk dibeli seterusnya buat Amira, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.
Terdahulu, Amira dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah akibat keracunan makanan. Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, penyanyi Irfan Haris, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Komen


Sumber: TikTok








