berita

[VIDEO] Abang POV Laku Keras, Terima Hampir 500 DM Peminat Ajak Berkenalan

September 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Aizat Saha

Rezeki tak pernah salah alamat! Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan buat pempengaruh bernama Aizat Saha apabila beberapa hantaran yang dihasilkannya di TikTok mendapat perhatian dan meraih pujian netizen di TikTok.

Ia susulan tularnya beberapa video POV (Point Of View) Aizat yang menggambarkan situasi pasangan yang sedang bercinta.

Artikel Berkaitan: Bukan Calang-Calang! Pengantin Viral Duet Dengan Awie Rupanya Penyanyi

Tak sangka jadi viral

Aizat Saha

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Aizat atau nama sebenarnya Mohd Aizat Saharuddin memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak menyangka video yang dihasilkannya itu akan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

Menurut Aizat, video yang dihasilkan itu hanya 20 peratus dari pengalaman sendiri dan selebihnya datang dari pengalaman yang kebiasaannya terjadi kepada pasangan yang sedang bercinta di luar sana.

 Alhamdulillah, sebenarnya saya tak sangka content yang saya lakukan itu boleh menjadi bualan warga TikTok.

Idea itu datang 20% dari pengalaman sendiri, dan selebihnya berdasarkan common isu yang terjadi dari pengalaman orang sekeliling.

Ketika ditanya, adakah perbuatan yang ditonjolkan itu adalah peribadi dirinya ketika melayan kekasih? Jawab pemuda berusia 28 tahun, itu hanya sebahagian cara layanannya buat yang tersayang.

Secara jujurnya, saya juga manusia biasa. Tidak semuanya akan indah.

Cuma apa yang dipaparkan dalam content, itu adalah antara kemanisan yang akan saya berikan kepada pasangan yang saya sayang.

Dalam pada itu, Aizat mengakui dirinya menerima banyak hantaran mesej dari orang ramai yang mahu berkenalan dengannya selepas menjadi tular.

Semenjak video yang dihasilkan menjadi tular, ramai juga yang DM untuk berkenalan dan berkawan.

Boleh saya katakan anggarannya dalam kurang lebih 500 DM yang saya terima.

Sekadar info, Aizat ketika ini bekerja sebagai seorang pramugara bagi sebuah syarikat penerbangan. Selain berkhidmat sebagai pramugara, pemuda ini juga mempunyai perniagaan clothing brandnya sendiri yang diberi nama ‘Heetamputeh’.

Antara video yang tular

@aiztsaha Can we talk instead of you lari mcm ni? I tunggu luar ni okay ? #fyp #fyp? ? bunyi asal – ????????????????? – ???????? ????

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×