Personaliti media sosial, Abe Wee menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan seorang pempengaruh yang mencacah tatu dengan alasan berdepan masalah kehidupan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abe Wee Kongsi Satu Keluarga Boleh Baca Doa Makan, Pilih Lebih Berhati-Hati – ‘Tak Mahu Jadi Isu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Boss James Minta Tolong Hawa Rizwana Baca Doa Makan Semasa Sahur Buat Netizen Teruja – ‘Tahun Ini Niat Puasa Penuh’

Tak normal

Menurut Abe Wee, tindakan itu akan memberi pengaruh buruk terhadap pengikutnya di media sosial terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.

Katanya, perkara itu tidak normal apatah lagi mencacah tatu adalah haram buat mereka yang beragama Islam.

Apa yang saya tahu, tatu ni haram dalam agama Islam. Apa yang saya lebih risau, dia itu adalah content creator dan ramai pengikut dan kebanyakan budak-budak yang ikut dia.

Bila dia muat naik video tunjuk tatu sana sini, saya takut ada budak akan fikir kalau stres atau sedih boleh selesaikan dengan buat tatu.

Bila saya baca komen, ada ramai yang sokong dia. Semua ini adalah tidak normal.

Malah kata Abe Wee, setiap masalah mempunyai cara penyelesaian yang lebih baik daripada melakukan tindakan yang mendatangkan keburukan.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Bukan semua benda kena lepaskan dengan cara begini.

Sumber: Threads