berita

[VIDEO] #ABPBH35: Menang Kategori Lawak Viral Popular, Syahmi Sazli, Hasif & Yeoy Parey Belanja Orang Kampung Barang Dapur

July 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pemenang kategori Lawak Viral Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) iaitu Syahmi Sazli, Hasif dan Yoey Parey meraikan kejayaan mereka bersama peminat di Kelantan.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Sofia Albarakbah Pelik Netizen Masih Label Dirinya ‘Jahat’ – ‘Itu Antara Dia Dengan Tuhan’

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Pengikut Marah Tak Ucap Terima Kasih, Sally Whoo Minta Maaf – ‘Saya Memang Ada Stage Fright’

Raikan kemenangan

Menerusi hantaran video di TikTok, trio tersebut meraikan kejayaan mereka dengan memberikan barangan dan keperluan dapur kepada peminat yang datang di kedai milik Syahmi.

Hari ini meraikan kemenangan bersama mereka yang datang ke kedai saya sambil berbagi sedikit barangan dapur. Terima kasih semua!

Menerusi video berkenaan juga, dapat dilihat peminat tidak melepaskan peluang unuk bergambar bersama Syahmi, Hasif dan Yoey sambil memegang trofi yang dimenangi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyampaikan ucapan tahniah kepada trio berkenaan serta terus mendoakan kejayaan mereka.

Sementara itu, Syahmi, Hasif dan Yeoy yang ditemui pada sidang media ABPBH 35 di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat lalu, meluahkan rasa syukur dengan kemenangan tersebut.

Jelas Syahmi, mereka akan terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak konten untuk menghiburkan peminat.

Saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini, Alhamdulillah undian berpihak kepada kami bertiga.

Walaupun melihat calon-calon lain juga sangat hebat dan mereka begitu aktif menghasilkan konten. Kami macam berehat sekejap sebelum ini sebab masing-masing agak sibuk dengan perniagaan.

Untuk perancangan seterusnya, kami memang sudah plan untuk buat semula drama-drama pendek di TikTok, Youtube. Akan aktif semula buat konten macam dulu.

Video

@syahmisazlinew Harini meraikan kemenangan bersama mereka yg datang di kedai Mi sambil berbagi sedikit barangan dapur.. Terima kasih semua! #abpbh35 ? original sound – MVM Music

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×