Pempengaruh media sosial, Sally Whoo telah mengungguli trofi dalam kategori TikTokers Popular ketika Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: ‘Yak Yak Yeah’ Menang! Malaysia & TV3 Isytihar Bell Ngasri Bintang Paling Popular
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: TV3 & Melur Untuk Firdaus Beri Tuah Pada Anna, Meerqeen
Stage fright
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sally masih tidak percaya dengan kemenangan yang sekaligus telah menewaskan Hafiz Mahamad, Ustaz Ahmad Yusof, Aleya Zailan dan Aaabias.
Meskipun sedang mood gembira, Sally tampil memohon maaf atas kekhilafannya tidak berterima kasih kepada pengikut media sosial ketika memberi ucapan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Alhamdulillah. Masih lagi tak percaya, sungguh dari awal tak sangka dapat menang. Maaf atas stage Sally tak sempat nak sebut ‘Followers’, ramai yang marah, Sally minta maaf.
Jelas Sally, dia mengalami ‘stage fright’ memandangkan tidak menjangka untuk naik ke atas pentas.
Sally memang ada stage fright, sebab tak jangka menang dan tak sedia apa-apa speech.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menekankan dia tidak akan menang sekiranya tanpa pengikut yang setia menyokong di belakang.
Wallahi, kalau bukan sebab kalian semua, kawan-kawan TikTok, pengikut dan pengundi Sally, tanpa kalian semua Sally tak akan berdiri di pentas sebesar ini.
Sally baca komen-komen korang. Sally minta maaf kalau dengan kemenangan ini ada yang kurang senang, Sally minta maaf sangat-sangat.
Sumber: Instagram