Penyanyi Zulhadi menyatakan dia kini sudah bekerja tetap di sebuah kilang bagi menampung kehidupan diri dan keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Danial Kifli Pertaruh Single ‘Jauh’, Tak Setuju Suara Disamakan Dengan Haqiem Rusli – ‘Ton Kami Agak Berbeza’

Artikel Berkaitan: Danial Kifli Tak Segan ‘Busking’, Seronok Hiburkan Peminat Di Bukit Bintang

Buat dua kerja

Zulhadi

Bukan itu saja, pada sebelah malam Zulhadi, 23, mengambil upah menjadi jurulatih pasukan bola tampar. Kata pelantun lagu Kekasih Belum Jelas, dia sudah tidak memberi fokus kepada nyanyian kerana perjalanan sebagai penyanyi masih suram.

Alhamdulillah sekarang saya sudah ada kerja tetap di sebuah kilang di bahagian kewangan dan hubungan dengan keluarga pun sudah kembali jernih.

Menyanyi pula saya sudah tak fokus sebab sebelah malam pula saya ambil upah melatih pasukan bola tampar untuk pelajar sekolah.

Kawan pandang rendah

Zulhadi

Tambah Zulhadi yang pernah tular suara mirip penyanyi Indonesia, dia pernah berdepan dengan perlian daripada rakan-rakan yang memperlekeh pekerjaannya di kilang.

Namun, itu tidak mematahkan semangat dirinya kerana tahu perlu berusaha sendiri mencari duit demi kelangsungan hidup.

Ada kawan perli kata tak malu ke kerja dekat kilang sebab saya ini artis. Ada rasa sedih tapi ia menjadi motivasi buat saya untuk terus berusaha sehingga berjaya.

Saya balas pada mereka yang saya ini hanya manusia biasa dan takkan hendak menunggu duit jatuh ke riba.

Jadi sebab itu saya cari kerja tetap untuk bantu kewangan saya setiap bulan.

Saya tak layak bergelar artis sebab pokai (tiada duit).

Dalam pada itu, Zulhadi mengakui kenyataan sebelum ini mengatakan ingin berhenti menyanyi disebabkan terlalu mengikut emosi serta tidak berfikir panjang.