![[VIDEO] Adakah Anjurkan Rumah Terbuka Dikira Ibadah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus](https://media.ohbulan.com/2025/03/ustaz-azhar-01916.jpg)

Menjadi kelaziman di Malaysia apabila tibanya Syawal, rata-rata masyarakat Melayu Islam akan menganjurkan rumah terbuka.
Artikel Berkaitan: Meriah! Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM Rai Pendengar Setia & Anak-Anak Yatim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ragu-Ragu Nak Pasang Pelita Raya? Ini Penjelasan Hukum Daripada Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan Ustaz
@anasrazali77 Ustaz Azhar Idrus – Adakah Buat Kenduri Rumah Terbuka Dikira Ibadah #foryour #foryou #fyp #foryoupage #foryourpage #ustazazharidrus #uai #soaljawabustazazharidrus #ustazazhar #hariraya #rumahterbuka
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa menjamu orang makan adalah antara amalan yang digalakkan di dalam Islam.
Ya, ia dikira ibadah. Hari Raya atau tidak, kalau kita jamu orang makan itu adalah antara amalan terbaik di dalam Islam.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah amalan terbaik dalam agama. Nabi menjawab menjamu orang makan.
Jangan bersifat kedekut

Dalan masa yang sama, Ustaz Azhar juga mengingatkan semua penganut agama Islam supaya menghindari dari sikap kedekut.
Jangan kedekut, ada duit belanja orang makan.
Orang kedekut jauh daripada Allah, jauh dari manusia dan jauh dari syurga tetapi dekat dengan api neraka.
Sumber: TikTok








