![[VIDEO] Adam Corrie Kongsi Polis Jumpa Ubat Sakit Perut Sebelah Mendiang Ibu](https://asset.ohbulan.com/2026/02/5tWa1Ele-adam-corrie.jpg)
Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah berkongsi khabar duka apabila ibu tercintanya meninggal dunia pada Disember tahun lepas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Tak Pulang Ke Kampung Sambut Tahun Baru Cina – ‘Ibu Saya Baru Meninggal Dunia’
Artikel Berkaitan: Adam Corrie Nasihat Kaum Hawa Elak DM Luah Masalah Pada Artis, Influencer Lelaki Atau Ustaz – ‘Mereka Bukan Pihak Yang Sesuai’
Sambutan tahun baru cina
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Adam Corrie Lee Abdullah memaklumkan bahawa keputusannya untuk tidak menyambut perayaan tahun baru cina sebagai tanda penghormatan atas pemergian ibu.
Menurut Adam, dia tidak sempat pulang pada hari ibunya meninggal dunia berikutan jarak lokasi mereka yang jauh.
Saya tetap balik ke rumah setiap kali tahun baru cina. Tapi saya tidak buat apa-apa perkara yang berkaitan agama.
Mak saya pun tahu saya Islam. Bila makan besar, tiada khinzir. Akan masak ikan, udang, ketam dan sayur-sayuran.
Cuma tahun ini, saya tak boleh sambut tahun baru cina sebab mak saya baru meninggal, tak sampai 2 bulan.
Untuk menghormati keluarga, saya tak sambut dan tidak boleh pakai baju yang berwarna cerah.
Perkara ini dilakukan untuk menjaga hati keluarga saya. Semua adik beradik saya pun tak sambut juga.
Saya sebenarnya tak mahu kongsi kesedihan pada semua orang biar saya sendiri yang simpan.
Saya tak dapat jumpa mak saya masa dia meninggal. Saya di Kuala Lumpur, mak saya di Taiping.
Adam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama vertical berjudul ‘Pan Mee’ yang berlangsung di Hextar Tower, Petaling Jaya, pada Isnin.
Tak tahu mak meninggal
Berkongsi lanjut, pelakon filem KL Gangster itu berkata, pemergian ibunya agak mengejutkan kerana keadaan kesihatan mendiang sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.
Mengulas lanjut, mendiang ibunya yang berusia 84 tahun itu ditemui dalam keadaan keras selepas beberapa hari dengan ubat sakit perut berada di sisi semasa pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis.
Dan sebenarnya, saya pun tak tahu mak meninggal. Kami tahu daripada kawan dia.
Setiap hari mak saya akan gunakan servis kawan dia, sebab individu tersebut bekerja sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing.
Tapi ada satu hari itu, mak saya tak telefon. Kawan mak itu minta izin untuk masuk ke rumah sebab risau mak saya tak angkat telefon. Bila masuk rumah, mak saya dah keras.
Selama ini dia sihat saja. Polis kata masa mati itu, sebelah dia ada ubat sakit perut.
Namun begitu, Adam sempat bertemu mendiang ibu seminggu sebelum pemergiannya.
Seminggu sebelum saya ada jumpa mak saya, sihat saja.
Tiada apa-apa tanda yang nampak dia sakit. Bila balik Kuala Lumpur saya rasa tak selesa. Bila telefon mak, tak diangkat.
Sebelum ini, Adam menjelaskan keputusan untuk tidak menyambut perayaan tahun baru cina kerana ibunya yang meninggal pada Disember 2025.