![[VIDEO] Adik Aliyah Balqis Terkilan Tidak Mampu Lindungi Kakak Daripada Dikhianati & Dicurangi – ‘Benci Tengok Angah Nangis’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/adik-aya-1.jpg)
Adik kepada pempengaruh Aliyah Balqis iaitu Mila mengakui terkilan kerana tidak mampu melindungi kakaknya daripada dikhianati daripada teman lelakinya, Yusman Kusuma.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Curang Bersama Jule, Yuka Mengaku Tukar ‘Contact Number’ Nama Zakie – ‘Saya Mahu Buang Prasangka Buruk Orang ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jule Didakwa Curang Lagi.. Kali Ini Dengan Yusman Kusuma, Teman Lelaki Aliyah Balqis – ‘Awak Rampas Kebahagiaan Saya’
Gagal

Menerusi perkongsian di TikTok, Mila memuat naik yang memaparkan kakaknya sedang meraung kesakitan akibat rasa dikhianati.
Saya gagal sebagai seorang adik. Saya sudah cuba banyak kali untuk selamatkan awak daripada perkara ini tetapi saya gagal.
Benda yang paling saya tidak mahu tengok akhirnya jadi sekali lagi.
Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia merasakan dirinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang adik apabila melihat kakaknya disakiti.
Malah, Mila turut berharap Aliyah dijodohkan dengan orang yang lebih baik.
Adik benci tengok angah nangis, minta maaf sebab tidak boleh buat apa-apa cuma dapat tengok dan menangis sekali.
Perkara yang saya boleh buat hanyalah menawarkan pelukan.
Seorang yang khianat angah, tapi berjuta sayang angah.
Sebelum ini, Aliyah yang dikenali sebagai Aya menunjukkan bukti bahawa kekasihnya didakwa curang bersama Jule.
Bagaimanapun, Yusman menjelaskan ia adalah salah faham besar dan meminta maaf kepada Aya.
Sumber: TikTok






