![[VIDEO] Jule Didakwa Curang Lagi.. Kali Ini Dengan Yusman Kusuma, Teman Lelaki Aliyah Balqis – ‘Awak Rampas Kebahagiaan Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/yuka-dan-jule_censored.jpg)
Nama pempengaruh Indonesia, Julia Prastini kembali menjadi sebutan warganet selepas sekali lagi didakwa curang dan kali ini bersama teman lelaki rakan baiknya, Aliyah Balqis iaitu Yusman Kusuma.
Artikel Berkaitan: 7 ‘Red Flag’ Jule Yang Ramai Tak Perasan, Rupanya Dah Bagi ‘Hint’ Sebelum Kahwin?
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar?
Curang

Menerusi muat naik di TikTok, Aliyah yang dikenali sebagai Aya menunjukkan bukti bahawa kekasihnya didakwa curang bersama Julia.
Selama ini saya diam sebab saya tiada bukti tapi Allah nak tunjuk yang dia ada dengan saya.
Kalau baik, Allah pun baik dengan kita. Saya tangkap layar daripada telefon pintar Yuka.
Nama wanita itu disimpan sebagai ‘Zakie’ dalam telefon Yuka.
Menurutnya, dia menyifatkan Julia sebagai rakan baiknya kerana sering berkongsi dan menceritakan perihal peribadi bersamanya.
Kenapa dia buat saya macam ini? Saya anggap awak kawan tapi awak buat saya macam ini.
Cukuplah rumah tangga awak dah hancur. Tapi kenapa dekat saya pun awak nak buat perkara yang sama?
Awak rampas kebahagian saya.
Sebelum ini, Julia yang lebih mesra dengan panggilan Jule didakwa menjalinkan hubungan dengan jejaka lain meskipun masih berstatus isteri orang.
Difahamkan, Jules sudah berkahwin dengan seorang jejaka Na Daehoon yang merupakan warga Korea Selatan dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: TikTok








