Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa menyambut ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya.

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Perjelas Isu Sangkar – ‘Itu Kucing Liar, Saya Tak Kurung Tapi Beri Makan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Tidak Bercerita Pada Anak-Anak Isu Rumah Tangga – ‘Saya Cuma Usaha Untuk Mereka Tidak Rasa Kosong’

‘Selamat ulang tahun buat bibik sayang’

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Adira dilihat membawa pembantu rumahnya menikmati makan malam istimewa di sebuah hotel mewah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan kesetiaan wanita tersebut yang telah lama bersamanya.

Lebih menyentuh hati, Adira turut memberi kebenaran kepada pembantunya untuk memilih dan memakai pakaian miliknya sempena majlis istimewa itu. 

Selamat ulang tahun buat bibik sayang. Semoga yang baik baik untukmu terima kasih sudah selalu ada.

Semoga usaha kecil saya ni buat kamu gembira, semoga kamu bahagia

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Pujaan Hati itu turut menghadiahkan seutas cincin emas kepada wanita tersebut.

Tindakan Adira itu menerima pujian ramai warganet yang tersentuh dengan keprihatinan, sikap menghargai dan layanan baik Adira terhadap pembantu rumahnya itu.

Komen netizen

Sumber: Instagram Adira Suhaimi