Tak dinafikan, gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dalam drama ‘Kisah Cinta Kita’ telah menjadi bualan hangat para penonton. Mana tidaknya, keserasian pelakon kacak dan jelita itu sangat menjadi malah kemesraan yang dipamerkan mereka seolah-olah seperti pasangan sedang bercinta.
Aedy lamar Amelia
Semalam, beberapa barisan artis termasuk Aedy Ashraf dan Amelia Henderson telah hadir memeriahkan festival makanan yang berlangsung di Bukit Jalil. Tetapi apa yang menjadi perhatian ramai adalah kejutan yang diberikan oleh aktor kacak ini. Bayangkan, tiada angin tiada ribut, Aedy Ashraf tiba-tiba sahaja melamar aktres Amelia Henderson untuk menjadi teman wanitanya di hadapan pentas sambil disaksikan para pengunjung.
Amelia Henderson, would you be my girlfriend?
Namun tidak lama selepas itu, Amelia menjawab ‘yes’ sebagai tanda setuju. Keputusan itu secara tidak langsung membuatkan Aedy begitu teruja sambil disambut sorakan orang ramai yang rata-ratanya turut gembira dengan jawapan yang diberikan aktres kacukan India-Scotland ini. Lebih mengejutkan apabila Aedy membuat pengakuan bahawa dia sudah menunggu hampir dua tahun untuk melamar Amelia dan tidak sangka penantiannya selama ini disambut baik oleh sang kekasih.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan para peminat tumpang gembira dengan khabar baik itu dan tidak kurang juga ada di antara mereka berharap agar lamaran tersebut bukanlah hanya lakonan atau helah marketing semata-mata.
Video
Sumber: TikTok _iamdaisyyy_