berita

[VIDEO] ‘Ukur Lilit Session’ – Aedy Ashraf Tempah Baju Nikah?

August 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Aedy Ashraf Fitting

Hantaran terbaharu pelakon, Aedy Ashraf telah menimbulkan spekulasi dia bakal menamatkan zaman bujangnya susulan aktor itu dilihat menempah pakaian di sebuah butik popular.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis, Netizen Pesan Jangan Biar Amelia Henderson Menunggu – ‘Sweetnya, Kahwin Please!’

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis Sokong Amelia Henderson Jadi Hos -‘Kami Bahagia, Ada Rezeki Kahwin…’

Ambil ukuran badan

Aedy Ashraf Fitting

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi sedang berada di butik Rizman Ruzaini.

Pereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil kemudian dilihat mengambil ukuran badan aktor tersebut.

Sesi ukur lilit bersama Ruzaini Jamil.

‘Baju kahwin ke?’

Aedy Ashraf Fitting

Aedy Ashraf Fitting

Ruangan komen video berkenaan dihujani dengan dakwaan warganet yang menyatakan bahawa baju itu akan dipakai ketika hari bahagianya bersama aktres jelita Amelia Henderson.

Dalam pada itu, pengikutnya juga meneka baju tersebut mungkin digayakan ketika majlis perkahwinan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi.

@aedyxashraff

ukur lilit session with @ruzainijamil

? Superhero (Heroes & Villains) – Instrumental – Metro Boomin

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×